Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
sesuatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain yang dinyatakan dalam sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 20;
(b)
(Dipotong oleh Akta A1594);
(c)
sesuatu gudang berlesen; atau
(d)
mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais, kecuali mengikut sesuatu permit dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, yang diluluskan oleh pegawai yang hak atau mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 85.
(2)
Jika didapati pada bila-bila masa bahawa dalam sesuatu tempat atau gudang yang tersebut dalam subseksyen (1) ada sesuatu kekurangan pada mana-mana lot, kiriman atau bungkusan barang-barang berduti yang sepatutnya didapati berada dalam tempat atau gudang itu, pemegang lesen bagi tempat atau gudang itu hendaklah, jika tidak ada bukti sebaliknya, dianggap sebagai telah memindahkan barang-barang itu secara menyalahi undang-undang dan boleh, tanpa menyentuh apa-apa prosiding di bawah Akta ini, dikenakan membayar dengan serta-merta kepada pegawai yang hak duti yang boleh dilevi atas barang-barang yang didapati kurang itu:
Dengan syarat bahawa jika dibuktikan kepada Ketua Pengarah dengan memuaskan hatinya bahawa kekurangan itu telah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan, atau oleh sejatan, Ketua Pengarah boleh meremit kesemua atau sesuatu bahagian daripada duti yang boleh dilevi atas barang-barang yang didapati kurang itu.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
Penyelesai syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan duti