Malaysia legislation
Section 27A
Seksyen 27A
Mendeposit barang-barang ke dalam gudang
(a)
duti eksais yang kena dibayar, jika ada, telah dibayar;
(b)
barang-barang itu telah diluluskan bagi pergerakan dalam pemindahan dan pembayaran duti eksais digantung;
(c)
barang-barang itu telah diluluskan bagi pemindahankapal dan barang-barang itu untuk dimuatkan dengan segera ke vesel lain;
(d)
barang-barang itu diimport melalui pos;
(e)
barang-barang itu diimport melalui jalan raya atau melalui laut yang tiada gudang berlesen atau gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di tempat import itu;
atau
(f)
barang-barang itu adalah barang persendirian dibawa oleh penumpang dalam apa-apa bagasi.
(2)
Jika difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah bagi maksud kepentingan awam supaya barang-barang itu digudangkan, Ketua
Pengarah boleh menghendaki barang-barang itu didepositkan di dalam suatu gudang berlesen selain suatu gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 25 atau di dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
(3)
Barang-barang yang didepositkan di bawah subseksyen (2)
hendaklah—
(a)
didepositkan atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu;
(b)
disifatkan sebagai di bawah kawalan kastam; dan
(c)
tidak dikeluarkan kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak.
(4)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi barang-barang yang memasuki kawasan utama kastam melalui jalan raya, laut atau udara dari suatu zon bebas.
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), barang-barang yang disebut dalam subseksyen (4) tidak boleh dilepaskan daripada kawalan kastam melainkan jika—
(a)
duti eksais yang kena dibayar, jika ada, telah dibayar; atau
(b)
barang-barang itu telah diluluskan bagi pergerakan dalam pemindahan dan pembayaran duti eksais digantung.
Mendeposit barang-barang dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah
27AB. (1) Ketua Pengarah boleh meluluskan apa-apa gudang, yang bukan suatu gudang berlesen, atau mana-mana tempat lain untuk dideposit dengan barang-barang berduti, dan kelulusan yang diberi itu boleh ditarik balik, digantung atau dibatal.
(2)
Apa-apa kelulusan itu hendaklah bagi tempoh dan tertakluk pada apa-apa syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua
Pengarah dalam setiap kes bagi kelulusan itu.
Eksais 57
Kuasa untuk membuka dan memeriksa bungkusan