Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 28

Tiada apa-apa jua barang-barang berduti boleh digunakan dalam, atau dipindahkan dari, sesuatu tempat yang berlesen di bawah seksyen 20 atau dari suatu gudang berlesen atau suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau kawalan eksais kecuali—

(a)

apabila dibayar duti atasnya atau, jika perintah di bawah seksyen 6 berhubung dengan duti itu membenarkan, apabila diberi sekuriti sebagaimana yang diperuntukkan oleh perintah itu bagi pembayaran duti itu;

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(b)

jika barang-barang itu di dalam sesuatu gudang berlesen, suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua

Pengarah atau mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais, di bawah apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh

Ketua Pengarah—

(i)

adalah untuk dipindahkan ke gudang berlesen lain, suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais; atau

(ii)

adalah untuk pengilangan di tempat lain yang dilesenkan di bawah seksyen 20; atau

(c)

(Dipotong oleh Akta A781);

(d)

untuk dieksport ke suatu tempat di luar Malaysia dan digunakan di situ.

Pembayaran dius bagi barang-barang dalam gudang eksais awam