Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Jika sesuatu sewa gudang berkenaan dengan apa-apa barang-barang tidak dibayar dengan sewajarnya mengikut cara yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), seseorang pegawai kanan eksais boleh, selepas memberi tidak kurang daripada empat belas hari notis secara bertulis kepada pemunya (jika nama dan alamat pemunya itu diketahuinya), atau selepas notis yang wajar dalam Warta (jika nama dan alamat pemunya itu tidak diketahuinya), menjual barang-barang itu:
Dengan syarat bahawa barang-barang mudah rosak yang diletakkan dalam sesuatu gudang eksais hendaklah dipindahkan dengan
Eksais 59
serta-merta, dan jika tidak dipindahkan sedemikian seseorang pegawai kanan eksais boleh menjual barang-barang itu.
(3)
Hasil jualan apa-apa barang-barang itu hendaklah digunakan untuk membayar apa-apa duti eksais, sewa gudang dan caj lain dan tambang kereta api yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu atau berkenaan dengan mana-mana barang-barang lain yang diletakkan oleh pemunya barang-barang itu, dan lebihannya itu, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya barang-barang itu dan jika pemunya itu tidak dapat dijumpai dalam tempoh satu bulan dari tarikh jualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar kepada
Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi Persekutuan.