Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
gudang kastam di bawah seksyen 63;
(b)
mana-mana gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 65
dan 65A;
(ba) mana-mana kedai bebas cukai yang dilesenkan di bawah seksyen 65D; dan
(c)
mana-mana depot pelepasan daratan yang dilesenkan di bawah seksyen 65E,
Akta Kastam 1967, bagi penggudangan barang-barang yang serupa kelasnya dengan barang-barang berduti tersebut;
“import” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“juruterbang pesawat udara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“kapal udara” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1)
Akta Kastam 1967;
“kawalan kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
‘‘kedai bebas cukai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“ketetapan umum” ertinya ketetapan umum yang dibuat oleh
Ketua Pengarah di bawah seksyen 5F;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
“Ketua Pengarah” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1)
Akta Kastam 1967;
“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950;
“lancang tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“lapangan terbang kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“laut”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“Lembaga Pelesenan” ertinya sesuatu Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 31;
“likuor bumiputera” ertinya mana-mana daripada likuor yang memabukkan dan yang lazimnya ditapai, dibuat atau disediakan oleh bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk kegunaan mereka sendiri dan bukan untuk kegunaan komersial;
“likuor yang memabukkan” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas kewangan;
“nakhoda” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“nilai” ertinya—
(a)
berhubung dengan barang-barang yang dikilangkan secara tempatan, nilai ditentukan di bawah perenggan 85(2)(bd);
dan
(b)
berhubung dengan barang-barang yang diimport—
Eksais 19
(i)
nilai barang-barang itu bagi maksud duti kastam sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Kastam 1967; dan
(ii)
amaun duti kastam, jika ada, yang kena dibayar atas barang-barang itu.
“pegawai eksais” ertinya—
(a)
seseorang pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
(b)
(Dipotong oleh Akta A1594);
“pegawai kanan eksais” ertinya—
(a)
Ketua Pengarah;
(b)
mana-mana Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967;
(c)
mana-mana Penolong Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan
Pengarah, Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah
Kastam yang dilantik di bawah subseksyen 3(1)
Akta Kastam 1967;
(d)
mana-mana Penguasa Kanan, Penguasa, Penolong Penguasa
Tinggi, Penolong Penguasa Kanan atau Penolong Penguasa
Kastam yang dilantik di bawah subseksyen 3(4)
Akta Kastam 1967;
(e)
mana-mana pegawai eksais yang diberi kuasa seorang pegawai kanan eksais di bawah subseksyen 4(2) atau (3);
(f)
mana-mana pegawai polis yang mempunyai kuasa seorang pegawai kanan eksais menurut seksyen 4A;
“pegawai yang hak” ertinya seseorang pegawai eksais yang bertindak untuk melaksanakan kewajipan di bawah Akta ini, sama ada kewajipan itu diuntukkan kepadanya secara khas atau secara am atau
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
secara nyata atau secara fahaman; dan tiap-tiap orang, sama ada seorang pegawai eksais atau bukan, yang bertugas dengan perintah atau dengan persetujuan Ketua Pengarah (sama ada dinyatakan terdahulu atau kemudiannya) pada menjalankan apa-apa perbuatan atau kewajipan berhubung dengan sesuatu perkara yang diuntukkan yang, menurut undang-undang adalah dikehendaki atau dibenarkan supaya dijalankan oleh atau dengan seorang pegawai eksais hendaklah disifatkan sebagai pegawai yang hak yang olehnya atau dengannya perbuatan atau kewajipan itu hendak dijalankan, dan seseorang yang sedemikian disifatkan sebagai pegawai yang hak adalah mempunyai segala kuasa seorang pegawai eksais berhubung dengan perbuatan atau kewajipan itu;
“pelabuhan kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“pemegang lesen” ertinya mana-mana orang yang dilesen di bawah seksyen 25 atau 35;
“pemindahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“pemindahankapal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“pemunya”—
(a)
berkenaan dengan barang-barang, termasuklah mana-mana orang (selain seorang pegawai eksais yang bertugas atas sifat rasminya) yang adalah atau mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengilang, pemasang, penerima kiriman, ejen atau orang yang memiliki, atau yang mempunyai kepentingan berfaedah atas, atau yang mengawal, atau berkuasa melupuskan, barang-barang itu;
dan
(b)
berkenaan dengan tanah, ertinya tuan punya berdaftar atau pemunya di sisi undang-undang atau pemegang melalui pemegangan di sisi adat bagi mana-mana tanah;
Eksais 21
“penduduk” termasuklah seseorang pemegang pajakan atau penyewa atau seseorang yang memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah atau premis;
“pengangkut” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“pengangkut berlesen” mempunyai erti yang diberikan oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“pengilang berlesen” ertinya mana-mana orang yang dilesen di bawah seksyen 20;
“pengilangan” ertinya,—
(a)
mengenai likuor yang memabukkan, menyuling, membru, menapai, membotolkan likuor yang memabukkan, dan termasuklah menambah sesuatu bahan (lain daripada air)
kepada sesuatu likuor yang memabukkan dan mencampur, mensebatikan dan mengubah likuor yang memabukkan dengan tujuan supaya sebatian yang dihasilkan sedemikian dijual untuk kegunaan manusia, tetapi tidak termasuk sesuatu sebatian yang dibuat atas pesanan pembeli, dan untuk kegunaannya yang segera:
Dengan syarat bahawa mengenai todi, adalah juga termasuk menyadap, membotolkan dan mengetinkan todi;
(b)
mengenai tembakau, apa-apa proses mengubahjadikan apa-apa tembakau mentah atau daun tembakau kepada tembakau yang layak untuk dihisap, disedut atau dikunyah dan termasuklah membuat rokok daripada tembakau yang telah dikilang;
(c)
berhubung dengan petroleum, proses penapisan yang termasuk pemisahan, penukaran, penulenan dan pengadunan aliran penapisan atau aliran petrokimia; dan 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
(d)
mengenai hal-hal lain, mengubahjadikan dengan tangan atau dengan cara mekanikal bahan-bahan organik atau tidak organik kepada suatu keluaran baru dengan menukar saiz, bentuk, kandungan, jenis atau kualiti bahan tersebut dan termasuklah memasang bahagian-bahagian supaya menjadi suatu jentera atau keluaran lain, tetapi tidaklah termasuk pemasangan jentera atau alat kelengkapan bagi maksud pembinaan;
“pengimport” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“pertukaran data elektronik” ertinya pemindahan, dari komputer ke komputer, transaksi perdagangan dan pentadbiran dengan menggunakan standard perutusan yang dipersetujui untuk menstrukturkan data yang berhubungan dengan sesuatu transaksi;
“petroleum” mempunyai erti yang diberikan oleh seksyen 2(1) Akta
Kastam 1967;
“premis berlesen” termasuklah mana-mana gudang, kawasan atau tempat yang berlesen di bawah seksyen 20, 24, 25 dan 35 Akta ini dan di bawah seksyen 65 dan 65A Akta Kastam 1967;
“rokok” ertinya rokok yang dibuat daripada tembakau sama ada dengan atau tanpa apa-apa ramuan tambahan yang lain dan termasuklah apa-apa jenis pangkal dan kertas rokok;
“stesen pemungutan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“surcaj” ertinya apa-apa caj yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen 15(3);
“tembakau” termasuklah tembakau yang dikilang atau belum dikilang dari tiap-tiap jenis, termasuk tangkai tembakau dan lebih-lebih tembakau tetapi tidak termasuk tembakau belum diawet;
Eksais 23
“tembakau belum diawet” ertinya daun tembakau mentah yang belum lagi dikenakan apa-apa proses pengeringan atau pengawetan;
“tempat pendaratan yang sah di sisi undang-undang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“todi” ertinya nira kelapa atau nira palma lain yang telah ditapai;
“Tribunal Rayuan Kastam” ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141B Akta Kastam 1967.
(1A)
Bagi maksud Akta ini, suatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar kawasan utama kastam, dan peruntukan
Bahagian VII dan VIIIA dan seksyen 76 hendaklah terpakai bagi zon bebas.
(1B)
Bagi maksud subseksyen (1A)—
(a)
“zon bebas” ertinya mana-mana kawasan di dalam Malaysia yang telah diisytihar oleh Menteri sebagai suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas di bawah
Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; dan
(b)
“kawasan utama kastam” ertinya mana-mana bahagian
Malaysia tidak termasuk zon bebas, Labuan, Langkawi,
Tioman dan Pangkor.
(2)
Bagi maksud Akta ini, barang-barang hendaklah disifatkan sebagai di bawah kawalan eksais selama masa barang-barang itu diletakkan atau dipegang dalam mana-mana tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain, atau dalam gudang berlesen, suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut dari mana barang-barang itu tidak boleh dipindahkan kecuali dengan kebenaran pegawai yang hak.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 176