Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Walau apa pun peruntukan seksyen 28 petroleum dan keluaran petroleum berduti boleh dipindahkan daripada tempat pengilangannya yang berlesen di bawah seksyen 20 atau daripada mana-mana gudang berlesen dalam mana ia disimpan—
(a)
apabila pengilang, pengilang berlesen atau ejennya yang diberi kuasa dengan sewajarnya menandatangani suatu aku janji dalam borang yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah untuk membayar duti dengan sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 6(1);
(b)
apabila pengilang, pengilang berlesen atau ejennya yang diberi kuasa dengan sewajarnya mengadakan sekuriti sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 6(1).
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 176