Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Setiap Lembaga Pelesenan hendaklah terdiri daripada seorang
Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan tidak kurang daripada dua orang atau tidak lebih daripada lima orang ahli lain, kesemua mereka itu hendaklah dilantik oleh Menteri:
Dengan syarat bahawa, kecuali Pengerusi, tiada seseorang pegawai awam yang atas sifat rasminya ada apa-apa urusan atau adalah dengan apa-apa cara jua kena-mengena dengan jualan atau pembelian likuor yang memabukkan atau dengan premis dalam mana jualan atau pembelian itu dijalankan atau mungkin dijalankan boleh dilantik ke sesuatu Lembaga.
(3)
Tertakluk pada seksyen ini, tiap-tiap seorang ahli Lembaga
Pelesenan hendaklah memegang jawatan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikannya itu, melainkan jika ia telah meletakkan jawatannya terlebih dahulu.
(4)
Seseorang ahli Lembaga Pelesenan boleh dilantik semula apabila tamat tempoh pelantikannya.
(5)
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana ahli Lembaga Pelesenan, jika difikirkannya mustahak berbuat demikian, tanpa memberi apa-apa sebab baginya.
Jualan runcit hendaklah dilesen