Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 32

(a)

bagi jualan secara runcit bir atau todi dalam botol-botol yang belum berbuka dan yang meterai dan kapsulnya yang sewajar masih utuh atau dalam tin yang belum berbuka; atau

(b)

berkenaan dengan Sabah, bagi seseorang bumiputera yang menjual secara runcit atau menawarkan jualan secara runcit apa-apa likuor bumiputera yang bukan suatu likuor sulingan;

atau

(c)

bagi jualan secara runcit likuor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah seksyen 65D Akta Kastam 1967.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 33(2) penyerahan likuor yang memabukkan dalam kuantiti-kuantiti yang kurang daripada dua puluh tujuh liter dalam mana-mana satu hari hendaklah dikira dalam sesuatu prosiding di bawah Akta ini sebagai keterangan prima facie mengenai jualan secara runcit dan bahawa wang atau balasan lain telah diberi untuk likuor itu.

(3)

Menteri boleh dalam sesuatu kes yang layak dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan dengan perintah membenarkan seseorang menjual secara runcit apa-apa likuor yang memabukkan.

(4)

Jualan atau tawaran untuk jualan secara runcit apa-apa likuor yang memabukkan di bawah dan mengikut sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) tidaklah menjadi suatu kesalahan terhadap subseksyen (1).

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

Jualan secara borong hendaklah dilesen