Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 35

(a)

lesen rumah awam—untuk jualan secara runcit likuor yang memabukkan, tidak termasuk todi, untuk digunakan pada premis atau di tempat di mana likuor itu dijual;

(b)

lesen rumah bir—untuk jualan secara runcit bir untuk digunakan pada premis atau di tempat di mana bir itu dijual:

dengan syarat bahawa pemegang lesen rumah awam adalah dikecualikan daripada memiliki lesen rumah bir;

(c)

lesen kedai runcit—untuk jualan secara runcit likuor yang memabukkan, tidak termasuk todi, untuk digunakan

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

di tempat lain daripada pada premis atau di tempat di mana likuor itu dijual;

(d)

lesen peniaga borong—untuk jualan secara borong likuor yang memabukkan, tidak termasuk todi.

(2)

Lembaga

Pelesenan boleh, menurut budi bicaranya, mengenakan terhadap pengeluaran atau pemindah milikan sesuatu lesen di bawah seksyen ini apa-apa sekatan atau syarat yang difikirkannya patut dikenakan, iaitu yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, dan sekatan dan syarat itu hendaklah dicatatkan dalam lesen itu.

(3)

Lembaga Pelesenan boleh, menurut budi bicaranya, enggan mengeluarkan atau memindah milik sesuatu lesen di bawah Bahagian ini, dan menggantung atau membatalkan lesen itu pada bila-bila masa;

dan Lembaga Pelesenan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sebab bagi sesuatu keputusan enggan mengeluarkan atau memindah milik atau menggantung atau membatalkan sesuatu lesen.

(4)

Pemegang lesen di bawah Bahagian ini tidaklah berhak mendapat apa-apa pampasan kerana penggantungan atau pembatalan lesennya di bawah subseksyen (3), atau pulangan balik apa-apa bayaran yang dibayar berhubung dengan lesen itu.

(5)

Jika sekiranya mana-mana orang yang berlesen di bawah

Bahagian ini mati, kecelaruan mental, sakit atau bankrap,

Lembaga Pelesenan boleh dengan catatan dalam lesen itu, membenarkan seseorang lain menjalankan hak yang diberi oleh lesen itu sehingga tamat tempoh selama mana lesen itu telah diberi pada mulanya, atau sesuatu tempoh yang lebih singkat, tertakluk pada segala syarat yang dikenakan pada mulanya atas lesen itu dan kepada apa-apa syarat tambahan yang difikirkan oleh Lembaga Pelesenan patut dikenakan.

(6)

Lembaga

Pelesenan boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki sebagai suatu syarat bagi mengeluarkan sesuatu lesen

Eksais 65

bahawa pemohon hendaklah membuat ikat janji dengan mengadakan penjamin dalam borang yang ditetapkan.

(7)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan

Lembaga Pelesenan boleh dalam masa tiga puluh hari selepas ia diberitahu keputusan itu merayu terhadapnya kepada Menteri, dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Pemegang lesen hendaklah menyimpan akaun, dsb.

Section 35 — AKTA EKSAIS 1976 | mylaw.my