Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Tiap-tiap orang yang berlesen di bawah Bahagian ini hendaklah—
(a)
mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen itu;
(b)
menyenggara di sebelah atas pintu masuk utama ke premis berlesen itu suatu legend, dalam bahasa Kebangsaan atau
Bahasa Inggeris dan dalam suatu bentuk yang diluluskan oleh
Lembaga Pelesenan, menyatakan namanya, jenis urusan yang ia berlesen menjalankannya, dan perkara lain yang dikehendaki oleh Lembaga Pelesenan;
(c)
menyenggara dalam bahasa
Kebangsaan atau
Bahasa Inggeris buku akaun sebagaimana yang ditetapkan, dalam mana butir-butir lengkap mengenai semua penerimaan dan pengiriman likuor yang memabukkan hendaklah dinyatakan;
(d)
membenarkan, pada bila-bila masa yang ia dibenarkan oleh lesennya menjual likuor yang memabukkan, mana-mana ahli
Lembaga Pelesenan bagi kawasan dalam mana premis berlesen itu terletak, atau pegawai yang hak, memasuki premis berlesennya dan memeriksa premis itu dan apa-apa likuor yang memabukkan yang ada di dalamnya dan semua akaun yang disimpan berhubung dengannya, dan mengambil salinan atau cabutan daripadanya sebagaimana yang difikirkannya patut oleh ahli Lembaga Pelesenan atau pegawai yang hak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
Pemegang lesen tidak boleh menyimpan likuor berduti dalam premis