Malaysia legislation

Section 40A

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 40A

Barang-barang yang tidak dibutirkan hendaklah disifatkan sebagai bersalahan eksais

Jika barang-barang, selain stor kapal bona fide, dijumpai oleh seorang pegawai yang hak dalam mana-mana vesel dalam perairan wilayah dan barang-barang itu tidak dibutirkan dengan betul dalam daftar muatan atau dokumen-dokumen lain yang sepatutnya berada di atas vesel itu, maka barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang-barang menyalahi eksais dan boleh disita.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

Section 40A — AKTA EKSAIS 1976 | mylaw.my