Malaysia legislation

Section 40D

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 40D

Akuan barang-barang berduti yang diimport

(a)

dalam hal barang-barang itu dideposit di dalam suatu gudang berlesen selain gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 25

atau di dalam sesuatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah yang disebut di bawah subseksyen 27A(1) atau (2), dalam tempoh satu bulan dari tarikh ketibaan atau pendaratan barang-barang itu sebelum pengeluaran barang-barang itu atau apa-apa bahagian barang-barang itu daripada kawalan kastam;

(b)

dalam hal barang-barang itu tidak dideposit di dalam gudang berlesen atau di dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah yang disebut di bawah subseksyen 27A(1) atau (2), pada masa ketibaan atau pendaratan barang-barang itu di tempat import itu; atau

(c)

dalam hal barang-barang itu memasuki kawasan utama kastam dari suatu zon bebas, pada masa ketibaan barang-barang itu di kawasan utama kastam.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pegawai yang hak boleh, melalui notis bertulis, menghendaki akuan itu dikemukakan dalam masa tiga hari dari tarikh notis itu.

(3)

Dalam hal barang-barang yang diimport melalui pos, akuan hendaklah dibuat oleh orang yang kepadanya barang-barang itu dialamatkan atau oleh ejennya apabila diminta oleh pegawai yang hak.

Akuan hendaklah membuat pembutiran yang penuh dan benar