Malaysia legislation
Section 41B
Seksyen 41B
Rekod yang berhubungan dengan perkara eksais
(2)
Rekod untuk disimpan termasuklah—
(a)
semua rekod pengimportan dan pengeksportan barang-barang termasuk barang-barang dalam pemindahan dan pemindahankapal;
(b)
semua pembayaran dan rekod bank termasuk surat kredit, permohonan pemindahan dana dan nota debit;
(c)
semua rekod perakaunan, pengurusan dan kewangan;
(d)
rekod jualan dan pembelian termasuk invois, resit, nota debit dan nota kredit;
(e)
rekod perniagaan lain termasuk kontrak atau perjanjian jualan, pengedaran dan royalti;
(f)
carta perakaunan, kod akses, dokumentasi program dan manual arahan sistem;
Eksais 73
(g)
rekod inventori; dan
(h)
apa-apa rekod lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah—
(a)
dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu; dan
(b)
disimpan di Malaysia, kecuali jika diluluskan selainnya oleh
Ketua Pengarah dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
(4)
Jika rekod itu dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan dalam apa-apa cara yang membolehkan rekod itu tersedia untuk diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.
(5)
Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk kertas dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum pertukaran itu.
(6)
Suatu salinan rekod itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding setakat yang sama dengan rekod itu sendiri.
(7)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (3), (4)
atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kehendak untuk menyediakan terjemahan
41BA. (1) Jika seseorang pegawai kanan eksais menyiasat suatu kesalahan menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa barang-barang, rekod, laporan atau dokumen yang keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa tanda atau kod, pegawai itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang ada milikan, jagaan
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
atau kawalan ke atas barang-barang, rekod, laporan atau dokumen itu sebelumnya untuk mengemukakan kepada pegawai kanan eksais itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya.
(2)
Tiada seorang pun boleh dengan diketahuinya mengemukakan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang tidak tepat, berfakta dan benar.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), pegawai kanan eksais itu boleh menghendaki mana-mana orang lain untuk mengemukakan terjemahan itu kepadanya.
(4)
Ketua Pengarah boleh membayar fi yang munasabah kepada orang yang dikehendaki untuk mengemukakan terjemahan di bawah subseksyen (3).
Ketua stesen kereta api hendaklah mengemukakan invois dan bil angkutan