Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(a)
mana-mana pengilang berlesen, pemegang lesen atau pengimport menjalankan perniagaannya; dan
(b)
mana-mana orang yang berurusan dengan pengilang berlesen, pemegang lesen atau pengimport itu menjalankan perniagaannya.
(2)
Jika mana-mana pegawai kanan eksais memasuki mana-mana premis mengikut peruntukan seksyen ini, maka—
(a)
dia boleh menghendaki pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b)
untuk mengemukakan apa-apa buku, data, dokumen, rekod atau benda yang dikehendaki supaya disimpan di bawah peruntukan Akta ini, atau yang berhubungan dengan mana-mana barang-barang berduti;
(b)
dia boleh memeriksa apa-apa buku, data, dokumen, rekod atau benda dan mengambil salinan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod;
(c)
dia boleh menyita dan menahan apa-apa buku, data, dokumen, rekod atau benda, jika pada pendapatnya buku, data, dokumen, rekod atau benda itu boleh memberi keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini;
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
(d)
dia boleh menghendaki mana-mana pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b) atau mana-mana orang diambil kerja oleh pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b) untuk menjawab soalan dengan benar berhubung dengan mana-mana buku, data, dokumen, rekod atau benda, atau mana-mana catatan dalam mana-mana buku, data, atau dokumen atau berhubung dengan mana-mana barang-barang berduti;
(e)
dia boleh menghendaki supaya apa-apa wadah, sampul surat atau bekas lain dalam mana-mana premis itu dibuka;
(f)
dia boleh atas risiko dan perbelanjaan pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b)
itu, membuka dan memeriksa mana-mana bungkusan, atau mana-mana barang atau bahan, dalam mana-mana premis itu; dan
(g)
dia boleh mengambil dan menyimpan tanpa bayaran sampel apa-apa barang atau bahan yang difikirkannya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya.
(3)
Jika pegawai kanan eksais yang bertindak di bawah peruntukan seksyen ini tidak boleh mendapat akses bebas ke mana-mana premis tempat pengilang berlesen, pemegang lesen atau pengimport menjalankan perniagaannya atau tempat seseorang yang berurusan dengan pengilang berlesen, pelesen atau pengimport itu menjalankan urusannya atau ke apa-apa bekas yang berada di premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki premis itu dan membuka bekas itu dengan apa-apa cara, jika perlu dengan kekerasan, sebagaimana yang difikirkannya perlu.
(4)
Jika, semasa memasuki mana-mana premis di bawah peruntukan seksyen ini, apa-apa barang berduti dijumpai yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan di bawah peruntukan Akta ini telah dilakukan, maka barang-barang berduti itu boleh dilucuthakkan.
Eksais 79
(5)
Mana-mana orang yang enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai kanan eksais untuk memasuki mana-mana tempat atau premis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kuasa Ketua Pengarah untuk menghendaki cagaran