Malaysia legislation
Section 44A
Seksyen 44A
(2)
Cagaran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak boleh melebihi amaun duti yang boleh dilevi ke atas barang-barang itu.
Kuasa untuk melanjutkan tempoh
44AA. Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan
Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum tamat tempoh itu.
Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat
44AB. (1) Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini, Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.
(2)
Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
(a)
terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan
(b)
tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.
(3)
Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.
(4)
Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua
Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh
Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh
Ketua Pengarah.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.
Perlindungan terhadap saman dan prosiding undang-undang