Malaysia legislation

Section 49

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 49

Perlindungan bagi Kerajaan dan pegawai

Kerajaan, seseorang pegawai yang hak atau orang lain yang diguna khidmat oleh Kerajaan berhubung dengan eksais tidaklah bertanggungan mengganti apa-apa kerugian yang ditanggung berhubung dengan apa-apa barang oleh sebab kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab lain semasa barang itu berada dalam jagaan atau kawalan sah mana-mana pegawai atau orang itu melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh kecuaian atau kemungkiran sengaja pegawai atau orang itu.