Malaysia legislation

Section 50B

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 50B

Kuasa tambahan

(2)

Bagi maksud Akta ini –

(a)

jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan eksais, dan bagi maksud itu, tempat yang perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai

Daerah Polis di bawah jagaannya; dan

Eksais 85

(b)

seseorang pegawai yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.

Majistret boleh mengeluarkan waran geledah