Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
Apabila didapati oleh seseorang pegawai eksais bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam sesuatu rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara ada disembunyi atau diletakkan apa-apa barang-barang yang boleh
Eksais 87
dikenakan lucut hak di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau yang mengenainya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan, dan jika ia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan pada memperoleh sesuatu waran geledah barang-barang itu mungkin dipindahkan, maka pegawai itu boleh menjalankan dalam, pada dan berkenaan dengan rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara itu semua kuasa yang tersebut dalam seksyen 51 dengan sepenuh dan seluas-luasnya seolah-olah ia telah diberi kuasa berbuat sedemikian oleh sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.