Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 53

Kuasa memberhentikan dan menggeledah kereta, vesel dan kapal udara

(1A)

Seseorang pegawai yang hak boleh—

(a)

menaiki mana-mana vesel atau pesawat udara dalam mana-mana pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam atau tempat atau dalam perairan wilayah;

(b)

menghendaki nakhoda vesel itu atau juruterbang pesawat udara itu memberikan apa-apa maklumat berhubung dengan vesel atau pesawat udara, kargo, stor, anak kapal, penumpang atau pelayaran sebagaimana yang disifatkannya perlu;

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(c)

menyelongkar dan menggeledah semua bahagian vesel atau pesawat udara itu bagi mencari barang menyalahi eksais;

(d)

memeriksa semua barang di atas vesel atau pesawat udara itu dan semua barang yang sedang dimuatkan atau dipunggah pada masa itu;

(e)

meminta semua dokumen yang sepatutnya berada di atas vesel atau pesawat udara itu; dan

(f)

menghendaki semua atau mana-mana dokumen itu dibawa kepadanya bagi pemeriksaan, dan nakhoda mana-mana vesel dan juruterbang mana-mana pesawat udara yang enggan membenarkan pegawai itu menaiki atau menggeledah vesel atau pesawat udara itu, atau enggan memberikan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen apabila diminta melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(1B)

Jika mana-mana tempat, kotak atau peti di atas vesel atau pesawat udara itu dikunci dan kunci tidak diberikan, pegawai itu boleh memecah buka mana-mana tempat, kotak atau peti itu.

(1C)

Jika apa-apa barang dijumpai tersembunyi atas mana-mana vesel atau pesawat udara, barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang-barang menyalahi eksais.

(2)

Orang yang menguasai atau menjaga sesuatu kereta, vesel atau kapal udara yang diperiksa di bawah peruntukan seksyen ini hendaklah atas permintaan pegawai yang hak membuka semua bahagian kereta, vesel atau kapal udara itu untuk diperiksa oleh pegawai yang hak itu dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan apa-apa pemeriksaan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai itu dibuat.

(3)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang pegawai kanan eksais boleh, jika difikirkannya perlu bagi menguatkuasakan Akta ini, mendirikan atau menempatkan atau menyebabkan supaya didirikan atau ditempatkan apa-apa

Eksais 89

pengadang di atas atau melintang sesuatu jalan atau lebuh awam atau dalam sesuatu tempat awam mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut; dan seseorang pegawai yang hak boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah mana-mana orang daripada melalui atau mana-mana kereta daripada dipandu melalui sesuatu pengadang itu termasuklah apa-apa langkah untuk mengejar dan menangkap mana-mana orang itu atau menghentikan mana-mana kenderaan itu jika, setelah membuat pertimbangan terhadap hal keadaan yang dihadapinya pada ketika itu, adalah jelas bahawa jika langkah sedemikian tidak diambil pelarian orang dan kenderaan itu untuk mengelakkan daripada dikesan atau selainnya adalah ketara.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa isyarat yang munasabah daripada seseorang pegawai yang hak menghendaki orang atau kereta itu supaya berhenti sebelum tiba ke sesuatu pengadang itu adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau denda dan penjara itu kedua-duanya;

dan seseorang pegawai yang hak boleh, tanpa waran, menangkap orang itu melainkan ia memberi nama dan alamatnya atau secara lain memuaskan hati pegawai yang hak itu bahawa ia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau tindakan lain yang mungkin diambil terhadapnya.

(5)

Tiada seseorang pegawai yang hak boleh menjadi bertanggung atas apa-apa kerugian, kebencanaan atau kerosakan yang terkena pada mana-mana orang atau harta akibat ia mengambil langkah-langkah yang disebut dalam subseksyen (3).

Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer