Malaysia legislation

Section 53A

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 53A

(2)

Sebagai tambahan, seseorang pegawai eksais yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 51, 52 dan 53—

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(a)

boleh memeriksa dan meneliti pengendalian mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu;

(aa) boleh membuat salinan atau mengambil cabutan dari maklumat berekod atau data berkomputer yang disebut dalam subseksyen (1) yang disifatkannya perlu; dan

(b)

boleh menghendaki—

(i)

orang yang pegawai eksais itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki menggunakan atau telah menggunakan komputer itu atau yang bagi pihaknya komputer itu digunakan atau telah digunakan sedemikian; atau

(ii)

orang yang menjaga, atau selainnya terlibat dalam, pengendalian komputer, perkakas atau bahan itu, supaya memberinya bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan maklumat berekod atau data berkomputer itu difahami.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk membuka bungkusan dan memeriksa barang-barang

Section 53A — AKTA EKSAIS 1976 | mylaw.my