Malaysia legislation

Section 53C

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 53C

Mana-mana orang yang mendarat, atau hampir akan mendarat, atau baru sahaja mendarat, dari mana-mana vesel atau pesawat udara, atau meninggalkan mana-mana vesel atau pesawat udara dalam perairan wilayah, sama ada bagi maksud mendarat atau selainnya, atau memasuki Malaysia atau baru memasuki Malaysia melalui jalan raya atau kereta api hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana pegawai yang hak, sama ada membenarkan diri, barang-barang dan bagasinya diperiksa oleh pegawai itu, atau bersama-sama barang-barang dan bagasi itu pergi bersama-sama pegawai itu ke pejabat kastam atau balai polis dan di sana membenarkan diri, barang-barang dan bagasinya diperiksa oleh seorang pegawai eksais:

(a)

mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa dengan kehadiran seorang pegawai kanan eksais tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadiran dan di bawah penyeliaan pegawai itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga pegawai itu tiba, atau dibawa ke mana-mana pejabat kastam atau balai polis tempat pegawai itu boleh dijumpai;

(b)

barang-barang dan bagasi mana-mana orang yang meminta untuk hadir apabila barang-barang dan bagasinya diperiksa dan dengan yang demikian menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; dan 92 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(c)

tiada perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan lain dengan betul-betul mengambil kira kehendak kesopanan.

Penyitaan barang-barang hal perkara sesuatu kesalahan