Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
(a)
memulangkan barang itu untuk sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia telah disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan eksais berhak ke atasnya tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai itu, dan tertakluk, bagaimanapun kepada sekuriti yang cukup diberikan hingga memuaskan hati pegawai itu bahawa barang-barang itu akan diserahkan balik kepadanya apabila permintaan dibuat olehnya dan bahawa terma-terma dan syarat-syarat tersebut, jika ada, akan dipatuhi; atau
(b)
memulangkan barang-barang itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia telah disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan eksais berhak ke atasnya, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepadanya barang-barang itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskannya, dan pemulangan itu adalah tertakluk pada terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh seorang pegawai kanan eksais dan sekuriti diberikan hingga memuaskan hati pegawai itu dengan amaun yang tidak kurang daripada amaun yang, pada pendapat pegawai itu, merupakan—
(i)
bagi barang-barang berduti atau barang-barang menyalahi eksais, nilai barang-barang itu pada tarikh barang-barang itu dipulangkan sedemikian;
(ia) bagi barang-barang selain barang-barang yang disebut dalam subperenggan (i), nilai pasaran terbuka barang-barang itu;
(ii)
duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengannya, sekiranya ada; dan
(iii)
apa-apa cukai yang kena dibayar berkenaan dengannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sekiranya ada,
Eksais 95
bagi pembayaran amaun yang dijamin sedemikian kepada
Ketua Pengarah sekiranya mahkamah membuat suatu perintah bagi perlucuthakan amaun itu di bawah subseksyen 66(3) atau 67(4), atau sekiranya amaun itu dilucuthakkan di bawah seksyen 69, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(c)
menjual atau memusnahkan barang-barang itu, sebagaimana yang sesuai memandangkan hal-hal keadaan, jika ia makhluk hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan eksais, ia bersifat mudah rosak atau berbahaya atau mungkin cepat merosot dari segi kualiti atau nilainya, dan jika ia dijual sedemikian, dia hendaklah memegang hasil jualan itu untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan, atau suatu pelucuthakan di bawah seksyen 69, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Mana-mana orang yang—
(a)
gagal menyerahkan kepada pegawai kanan eksais, apabila diminta, barang-barang yang dipulangkan untuk sementara kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau
(b)
gagal mematuhi atau yang melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a)
atau (b), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau penjara dan denda itu kedua-duanya.
(3)
Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (2)
adalah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang mungkin ditanggung oleh orang tersebut atau mana-mana orang lain di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang berhubungan dengan pemulangan barang-barang di bawah perenggan (1)(a) atau (b).
(4)
Peruntukan subseksyen (2) tidaklah terpakai bagi orang sedemikian, jika ada, yang menjadi penggerenti atau penjamin kepada
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
orang yang kepadanya barang-barang itu dipulangkan di bawah perenggan (1)(a) atau (b).
(5)
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal atau golongan hal yang tertentu, memberikan apa-apa arahan kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat berkenaan dengan perjalanan kuasa-kuasa yang diberikan kepada pegawai kanan eksais di bawah subseksyen (1).
(6)
Tiada seorang pun berhak mengekalkan apa-apa tindakan oleh sebab apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan yang diambil oleh atau bagi pihak Menteri atau oleh atau bagi pihak seseorang pegawai kanan eksais di bawah seksyen ini dan tiada mahkamah mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk melayani apa-apa tindakan sedemikian.
Pengemukaan perakuan ahli analisis, atau pegawai kanan eksais, atau orang yang diberi kuasa oleh Menteri