Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(a)
mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan, atau mengguna khidmat atau membantu seseorang melakukan, atau bersubahat dalam melakukan, sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
(b)
mana-mana orang yang munasabah disyakinya ada memiliki apa-apa barang-barang yang boleh dikenakan penyitaan di bawah Akta ini; dan
(c)
mana-mana orang yang munasabah disyaki sebagai telah didapati bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, dan boleh memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa mana-mana orang yang ditangkap sedemikian:
98 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
Dengan syarat bahawa tiada seseorang perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seseorang perempuan lain dengan betul-betul mengambil kira kehendak kesopanan.
(2)
Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah dibawa ke balai polis atau boleh ditahan dalam jagaan pegawai yang hak.
(2A)
Pegawai yang hak boleh mengambil atau menyebabkan diambil gambar dan cap jari dan ibu jari mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1).
(3)
Jika mana-mana orang yang boleh kena tangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa melakukan kesalahan yang kerananya ia boleh kena tangkap sedemikian, atau jika selepas ditangkap ia melarikan diri maka ia boleh pada bila-bila masa selepas itu ditangkap dan tindakan diambil terhadapnya seolah-olah ia telah ditangkap pada masa melakukan kesalahan itu.
(4)
Tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah, tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan—
(a)
apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai eksais yang hak;
(b)
apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan suatu penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai eksais yang hak; atau
(c)
apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai eksais yang hak dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan suatu penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai eksais yang hak.
Eksais 99
(5)
Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (4) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai eksais—
(a)
jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan atau selainnya dibenarkan dijamin telah atau mungkin dilanggar; atau
(b)
apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu mungkin melanggar mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu hendak dibebaskan daripada obligasinya sebagai penjamin.
(6)
Jika seseorang yang ditangkap kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini sedang menjalani hukuman pemenjaraan atau sedang ditahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, atau selainnya berada dalam jagaan yang sah, dia hendaklah, apabila diperintahkan secara bertulis oleh seorang pegawai kanan eksais atau yang berpangkat lebih tinggi daripada
Penolong Kanan Pengarah, dikemukakan di hadapan pegawai itu atau di hadapan mana-mana pegawai kanan eksais lain bagi maksud penyiasatan, dan bagi maksud itu dia boleh diletakkan dalam jagaan sah selama tempoh yang tidak melebihi empat belas hari.
(7)
Seseorang yang ditahan dalam jagaan yang sah di bawah subseksyen (6) atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis boleh—
(a)
pada bila-bila masa dibawa kepada seorang pegawai kanan eksais bagi maksud penyiasatan; atau
(b)
dibawa ke mana-mana tempat lain bagi maksud penggeledahan tempat itu, atau penyitaan apa-apa barang-barang, atau mengenal pasti mana-mana orang bagi apa-apa maksud lain yang berhubungan dengan penyiasatan di bawah Akta ini.
100 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
Kuasa untuk memeriksa orang