Malaysia legislation

Section 56A

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 56A

(a)

memerintahkan mana-mana orang yang mungkin mengetahui fakta-fakta dan hal keadaan kes supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang mungkin, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; atau

(b)

memerintahkan mana-mana orang supaya mengemukakan di hadapannya apa-apa buku, dokumen atau apa-apa salinannya yang diperakui sah, atau apa-apa benda lain yang mungkin, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.

(2)

Perenggan (1)(b) tidak terpakai bagi buku jurubank.

(3)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah—

(a)

hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari jika diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaan itu selesai; dan

(b)

semasa pemeriksaan itu, kena menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes yang dikemukakan kepadanya dan terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak jawapan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau hukuman lucut hak.

(4)

Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari Malaysia, atau membuat urusan tentang, menggunakan, atau melupuskan, apa-apa buku, dokumen atau

Eksais 101

benda yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen itu atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan itu.

(5)

Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah itu dan kehendak subseksyen (3) dan (4) walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan.

(6)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang yang disiasat di bawah Akta ini sama ada atau tidak suatu amaran telah diberikan kepadanya di bawah subseksyen 56B(3) hendaklah direkodkan secara bertulis oleh pegawai kanan eksais yang memeriksanya dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang itu, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai kanan eksais itu hendaklah mencatatkan pada rekod itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebab-sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(7)

Rekod sesuatu pemeriksaan yang dibuat semasa penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana buku, dokumen atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini di mana-mana mahkamah—

(a)

bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(b)

bagi pelucuthakan harta menurut seksyen 66, 67 atau 69, tanpa mengambil kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang diperiksa, atau yang mengemukakan buku, dokumen atau barang itu, atau terhadap mana-mana orang lain.

102 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

Kebolehterimaan pernyataaan dalam keterangan