Malaysia legislation

Section 56B

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 56B

(2)

Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan dalam pemeriksaan balas atau bagi maksud mencabar kebolehpercayaan orang yang membuat pernyataan itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan, atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan yang berkaitan dengan prosiding terhadapnya.

(3)

Jika mana-mana orang ditangkap bagi kesalahan di bawah Akta ini, dia hendaklah diberi amaran mengikut perkataan yang berikut atau perkataan-perkataan yang memberi makna yang serupa:

“Saya bertanggungjawab untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan berkata sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu katakan, sama ada kerana

Eksais 103

menjawab soalan itu atau tidak, boleh diberikan dalam keterangan.”.

(4)

Pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang yang dituduh bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidak boleh dianggap tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada amaran sedemikian telah diberikan jika amaran itu tetap diberikan dengan seberapa segera yang boleh.

(5)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya subseksyen (1)

terpakai, tidak terikat untuk menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kes itu selepas apa-apa amaran yang disebut dalam subseksyen (3) telah diberikan kepadanya.

Tatacara apabila penyiasatan tidak boleh diselesai dalam tempoh dua puluh empat jam