Malaysia legislation
Section 56C
Seksyen 56C
(2)
Majistret yang di hadapannya seseorang itu dikemukakan di bawah seksyen ini boleh, sama ada ia mempunyai atau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu, dari semasa ke semasa, membenarkan supaya penahanan orang itu dalam jagaan sebagaimana yang Majistret itu berpendapat sesuai untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima belas hari secara keseluruhannya.
(3)
Jika Majistret itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu dan berpendapat penahanan selanjutnya tidak
104 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
diperlukan, dia boleh memerintahkan supaya orang itu dikemukakan di hadapan Majistret yang mempunyai bidang kuasa itu atau, jika kes itu hanya boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi, di hadapannya sendiri atau Majistret yang lain yang mempunyai bidang kuasa dengan tujuan untuk menghantar kes itu untuk perbicaraan di Mahkamah
Tinggi.
(4)
Majistret yang membenarkan penahanan di bawah seksyen ini hendaklah merekodkan sebab-sebab dia berbuat demikian.
Catatan diari semasa penyiasatan