Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Beban membuktikan
Jika, dalam sesuatu pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang-barang yang disita kerana tidak dibayar duti eksais, atau kerana sebab lain penyitaan atau bagi mendapatkan apa-apa penalti atau penalti-penalti di bawah Akta ini, suatu pertikaian timbul mengenai sama ada duti telah dibayar berkenaan dengan barang-barang itu, sama ada barang-barang itu telah secara sah dikeluarkan, ditapai, disuling, disadap atau dikilang atau diimport, atau berkenaan dengan tempat daripada mana-mana barang-barang berduti telah dibawa atau di mana barang-barang berduti itu telah dimuat atau disimpan, maka dalam tiap-tiap satu kes itu, beban membuktikannya terletak pada pihak yang didakwa dalam pendakwaan itu.