Malaysia legislation

Section 5A

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 5A

(a)

penjenisan barang-barang;

(b)

prinsip-prinsip yang diterima pakai bagi maksud menentukan nilai sesuatu barang; atau 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(c)

apa-apa perkara lain yang hendaklah ditetapkan oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—

(a)

berkenaan dengan barang-barang import—

(i)

pada bila-bila masa sebelum barang-barang itu, yang menjadi hal perkara permohonan, diimport atau dimaksudkan untuk diimport ke Malaysia; atau

(ii)

pada bila-bila masa kemudiannya, jika Ketua Pengarah atas budi bicaranya membenarkan; atau

(b)

berkenaan dengan barang-barang yang dikilangkan—

(i)

pada bila-bila masa sebelum barang-barang itu, yang menjadi hal perkara permohonan, dikilangkan; atau

(ii)

pada bila-bila masa kemudiannya, jika Ketua Pengarah atas budi bicaranya membenarkan.

(3)

Seseorang pemohon boleh menarik balik permohonannya pada bila-bila masa sebelum sesuatu ketetapan kastam dibuat dan apa-apa bayaran yang dibuat yang berhubungan dengan permohonan bagi ketetapan kastam itu hendaklah dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah.

Pembuatan ketetapan kastam