Malaysia legislation

Section 5C

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 5C

(a)

ia mengandungi suatu kesilapan yang perlu diperbetulkan;

(b)

ketetapan kastam itu diasaskan kepada kesilapan fakta atau undang-undang;

(c)

terdapat perubahan dalam undang-undang yang berhubungan dengan eksais; atau

(d)

terdapat perubahan dalam fakta material atau hal keadaan yang menjadi asas ketetapan itu.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah, sebaik selepas membuat pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu, memberi notis secara bertulis kepada pemohon mengenai pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu dan, tertakluk pada subseksyen (3), ketetapan yang dipinda, diubah suai atau dibatalkan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika sesuatu ketetapan kastam mempunyai kesan menyebabkan atau menaikkan apa-apa liabiliti duti berkenaan dengan mana-mana barang, dan—

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(a)

barang-barang itu diimport dalam masa tiga bulan dari tarikh notis pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu diberi menurut suatu kontrak mengikat yang dibuat sebelum tarikh itu;

(b)

barang-barang itu telah meninggalkan tempat pengilangan atau gudang di negara yang daripadanya barang-barang itu dieksport untuk dihantar terus ke Malaysia pada tarikh notis pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan ketetapan itu diberi; atau

(c)

barang-barang itu diimport pada atau sebelum tarikh notis pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu diberi tetapi belum dilepaskan untuk penggunaan tempatan, maka ketetapan kastam yang telah dibuat sebelum pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan di bawah seksyen ini hendaklah terpakai bagi barang-barang itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), dan tertakluk pada seksyen 13, jika pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan sesuatu ketetapan kastam mempunyai kesan menurunkan apa-apa liabiliti duti berkenaan dengan apa-apa barang, apa-apa cukai yang lebih tinggi yang telah dibayar hendaklah dikira seolah-olah ia telah dibayar dengan khilaf.

Ketua Pengarah mengisytiharkan ketetapan sebagai batal, dsb.