Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
(2)
Begitu juga sesuatu perakuan analisis yang berupa sebagai dibuat di bawah tandatangan seseorang ahli analisis adalah menjadi keterangan yang cukup mengenai fakta-fakta yang dinyatakan dalamnya apabila perakuan itu dikemukakan oleh pihak yang didakwa, melainkan jika pendakwa menghendaki supaya ahli analisis itu dipanggil sebagai seorang saksi, dalam hal yang demikian ia hendaklah
108 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
memberi notis mengenainya kepada pihak yang didakwa tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum tarikh perbicaraan itu.
(3)
Suatu salinan perakuan yang tersebut dalam subseksyen (1)
dan (2) hendaklah dihantar kepada pihak yang didakwa atau pendakwa sekurang-kurangnya sepuluh hari genap sebelum tarikh perbicaraan itu, dan jika ia tidak dihantar sedemikian maka mahkamah boleh menangguhkan perbicaraan itu dengan syarat yang difikirkannya patut.
(4)
Ahli-ahli analisis adalah diwajibkan oleh Akta ini menyatakan perkara yang benar dalam perakuan analisis di bawah tandatangan mereka.
(5)
Dalam seksyen ini, “penganalisis” ertinya—
(a)
seorang ahli kimia berdaftar di bawah Akta Ahli Kimia 1975
[Akta 158] atau seseorang yang diberi kuasa di bawah seksyen 23A Akta itu, atau pekerjanya yang bekerja di bawah penyeliaannya;
(b)
seorang jurutera berdaftar di bawah Akta Pendaftaran
Jurutera 1967 [Akta 138];
(c)
seorang ahli geologi berdaftar di bawah Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689];
(d)
Merinyu Timbang dan Sukat yang dilantik sebagai sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan timbang dan sukat yang berkuat kuasa di Malaysia;
(e)
ahli agronomi;
(f)
ahli kajitumbuhan;
(g)
ahli kajipenyakit tumbuh-tumbuhan; dan
(h)
ahli kajiserangga tumbuh-tumbuhan.
Eksais 109
(5A)
Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri berkaitan, melantik mana-mana orang yang berkelayakan atau golongan orang yang berkelayakan melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai penganalisis bagi maksud seksyen ini.
(6)
Jika seseorang ahli analisis dipanggil oleh pihak kena tuntut sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan pihak kena tuntut.
(7)
Jika dalam sesuatu perbicaraan atau prosiding yang diadakan di bawah Akta ini adalah perlu untuk menentukan kandungan alkohol bagi apa-apa likuor, perakuan seseorang pegawai kanan eksais mengenai kandungan alkohol itu hendaklah diterima seolah-olah pegawai itu adalah seorang ahli analisis, dan bagi sesuatu kes seperti itu subseksyen (1), (4) dan (6) hendaklah terpakai dengan cara yang sama dan setakat yang sama seolah-olah pegawai tersebut adalah seorang ahli analisis.
Peruntukan keterangan