Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Jika adalah berkaitan dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini supaya dipastikan butir-butir mengenai pendaftaran dan pelesenan sesuatu kenderaan yang didaftarkan atau dilesen dalam sesuatu pelabuhan atau tempat dalam Malaysia atau Singapura, sesuatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab atas pendaftaran atau pelesenan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa dalam Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau dalam
Singapura hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai segala butir berkenaan dengan pendaftaran atau pelesenan yang terkandung dalamnya, dan beban membuktikan ketidakbetulan apa-apa butir yang dinyatakan dalam perakuan itu hendaklah terletak atas orang yang menafikan kebetulan butir-butir itu.
112 Undang-Undang Malaysia AKTA 176