Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Dalam sesuatu perbicaraan di hadapan mana-mana mahkamah, dan dalam sesuatu prosiding atas rayuan kepada Mahkamah Tinggi, berhubung dengan penyitaan barang-barang yang tertakluk pada lucut hak di bawah Akta ini mahkamah hendaklah terus mengadakan perbicaraan itu atau mendengar rayuan itu hanya mengenai merit kes itu tanpa menyiasat tentang cara atau gaya sesuatu penyitaan itu dibuat kecuali setakat mana cara dan gaya penyitaan itu boleh menjadi keterangan mengenai merit kes itu.