Malaysia legislation

Section 64

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 64

(2)

Jika sesuatu buku, dokumen atau kertas, yang menjadi keterangan atau boleh dikenakan pemeriksaan dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah, adalah mengandungi sesuatu catatan dalam mana seseorang pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mana mungkin menyebabkan ia diketahui, maka mahkamah hendaklah menyebabkan semua bahagian itu dipadamkan atau ditutup supaya tidak dapat dilihat setakat mana yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, mahkamah, selepas menyiasat dengan sepenuhnya mengenai kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan matan yang diketahui atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam sesuatu prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat berhasil dengan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa dizahirkan pemberi maklumat itu, maka adalah sah bagi mahkamah menghendaki dikemukakan pengaduan asal itu, jika secara bertulis, dan membenarkan penyiasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.

Kerahsiaan maklumat