Malaysia legislation

Section 64A

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 64A

(2)

Tertakluk pada subseksyen (4), mana-mana orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat atau akuan, atau salinannya, yang berhubungan dengan pengimportan, pengeksportan, penilaian atau penjenisan apa-apa barang-barang, yang pada bila-bila masa, selain bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata Ketua Pengarah—

(a)

menyampaikan maklumat itu atau apa-apa yang terkandung dalam dokumen atau akuan itu, atau salinannya, kepada mana-mana orang; atau

(b)

membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat itu atau kepada apa-apa yang terkandung dalam dokumen atau akuan itu, atau salinannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini boleh dikehendaki—

(a)

untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa maklumat, dokumen atau akuan; atau

(b)

untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini, atau bagi memulakan suatu pendakwaan, atau dalam perjalanan suatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

116 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(4)

Ketua Pengarah boleh menghantar atau menyampaikan apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (2)

sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat atau perlu untuk membenarkan pendedahan maklumat tertentu kepada mana-mana orang.

Barang-barang yang boleh dikenakan penyitaan boleh dikenakan lucut hak