Malaysia legislation
Section 66
Seksyen 66
(2)
Suatu perintah bagi lucut hak barang-barang hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa sesuatu kesalahan terhadap
Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu adalah hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Eksais 117
(3)
Amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b) atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan (1)(c)
tersebut hendaklah dilucuthakkan oleh mahkamah jika dibuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang yang berkenaan dengannya amaun itu telah dijamin atau dihasilkan melalui jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun mungkin telah disabitkan atas kesalahan itu.
Barang-barang yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan, atau hasil jualannya, adalah terlucut hak jika tidak dituntut dalam masa satu bulan