Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
(a)
tuntutan terhadap barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu dibuat di bawah subseksyen (2);
(b)
suatu permohonan bertulis dibuat bagi pemulangan barang-barang itu di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b); atau
(c)
barang-barang itu dipulangkan di bawah perenggan (a)
atau (b) yang tersebut.
(2)
Mana-mana orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bahawa barang-barang atau hasil jualan itu tidak boleh dikenakan perlucuthakan boleh memberikan notis bertulis kepada pegawai kanan eksais bahawa dia menuntut barang-barang atau hasil jualan itu.
118 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
(3)
Jika terdapat suatu tuntutan atau suatu permohonan bertulis yang dibuat dalam tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dibuat mengenai barang-barang itu, pegawai kanan eksais itu hendaklah, pada tamatnya tempoh tiga puluh hari, merujuk tuntutan atau permohonan itu kepada Ketua Pengarah.
(3A)
Apabila dirujuk oleh pegawai kanan eksais di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh mengarahkan pegawai kanan eksais itu—
(a)
untuk melepaskan barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau sekuriti yang diberikan di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b); atau
(b)
melalui pemakluman dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, supaya merujuk perkara itu kepada Majistret Kelas Satu untuk keputusannya.
(4)
Majistret Kelas Satu itu hendaklah mengeluarkan saman yang menghendaki orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu, dan orang yang daripadanya barang-barang itu disita, hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, selepas dibuktikan penyampaian sewajarnya saman itu, Majistret Kelas Satu itu hendaklah terus memeriksa perkara itu, dan apabila ada bukti bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dilucuthakkan, atau jika bukti sedemikian, boleh memerintahkan supaya dilepaskan barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau apa-apa sekuriti yang diberikan di bawah perenggan 55(1)(a)
atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Dalam apa-apa prosiding di bawah subseksyen 59(4), seksyen 59 hendaklah terpakai bagi orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu dan bagi orang yang daripadanya
Eksais 119
barang-barang itu disita seolah-olah pemunya atau orang itu menjadi pihak yang didakwa dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini.
Barang-barang atau amaun terlucut hak boleh diserahkan atau dibayar balik kepada pemunya atau orang lain