Malaysia legislation

Section 68

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 68

Menteri boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya secara bertulis melalui Ketua Pengarah, memerintahkan supaya—

(a)

apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini; atau

(b)

apa-apa amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a)

atau (b) atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan (1)(c) yang tersebut itu, sama ada yang terlucut hak atau yang diambil atau yang disifatkan terlucut hak menurut seksyen 66, 67 atau 69, diserahkan, atau dibayar balik, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada pemunya atau orang lain yang berhak kepadanya apabila dibayar amaun atas terma-terma dan syarat-syarat yang difikirkannya patut:

Dengan syarat bahawa apa-apa permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh satu bulan dari tarikh barang-barang itu atau amaun itu terlucut hak atau diambil atau disifatkan terlucut hak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pengkompaunan kesalahan