Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
Tiada seorang pun boleh, dalam sesuatu prosiding di hadapan sesuatu mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang-barang yang disita pada menjalankan atau pada berupa menjalankan sesuatu kuasa yang diberi di bawah Akta ini, berhak mendapat kos-kos prosiding itu atau apa-apa ganti rosak atau relif lain selain daripada sesuatu perintah untuk dipulangkan barang-barang itu atau dibayar nilai barang-barang itu melainkan jika penyitaan itu telah dilakukan tanpa sebab yang berpatutan.
122 Undang-Undang Malaysia AKTA 176