Malaysia legislation

Section 71

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 71

Sesiapa jua yang—

(a)

membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani sesuatu pernyataan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini, yang mana adalah tidak benar atau tidak betul mengenai apa-apa butir;

(b)

membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani sesuatu pernyataan atau dokumen yang dibuat untuk dipertimbangkan oleh mana-mana pegawai eksais mengenai sesuatu permohonan yang dikemukakan kepadanya, yang mana adalah tidak benar atau tidak betul mengenai apa-apa butir;

(c)

melancung atau menyebabkan dilancungkan atau memalsukan atau menyebabkan dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki di bawah Akta ini atau digunakan dalam transaksi apa-apa urusan atau perkara yang berhubungan dengan eksais, atau menggunakan atau menyebabkan digunakan atau dalam apa-apa cara membantu dalam penggunaan dokumen yang dilancungkan atau dipalsukan itu;

(d)

secara fraud mengubah sesuatu dokumen atau melancung meteri, tandatangan, tandatangan ringkas atau tanda lain bagi, atau yang digunakan oleh, seseorang pegawai eksais untuk mengesahkan sesuatu dokumen itu atau untuk sekuriti bagi apa-apa barang-barang atau bagi apa-apa maksud lain pada menjalankan urusan berhubung dengan eksais;

Eksais 123

(e)

yang dikehendaki oleh Akta ini supaya membuat suatu akuan barang-barang berduti yang diimport, tidak membuat akuan itu sebagaimana yang dikehendaki; atau

(f)

tidak atau enggan mengemukakan kepada seorang pegawai yang hak apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah subseksyen 41(3), melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Peruntukan khas berhubung dengan pernyataan, dsb. yang tidak betul, di bawah seksyen 71