Malaysia legislation

Section 74

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 74

(a)

secara berlawanan dengan peruntukan Akta ini menerima masuk ke dalam atau ada dalam milik, jagaan atau kawalannya apa-apa barang-barang yang atasnya duti eksais yang boleh dilevi di sisi undang-undang tidak dibuktikan sebagai telah dibayar atau yang telah disuling, ditapai ataupun dikilang atau diimport dengan menyalahi undang-undang;

(b)

membantu ataupun mengambil bahagian dalam memindahkan atau mengeluarkan dengan menyalahi undang-undang apa-apa barang-barang berduti daripada

Eksais 125

sesuatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain barang-barang berduti atau daripada mana-mana gudang berlesen atau kawalan eksais atau tempat keselamatan dalam mana barang-barang berduti mungkin telah diletakkan;

(c)

dengan diketahuinya melindungi, menyimpan, menyembunyi atau memiliki, atau membenar, membiar, menyebabkan atau mendapatkan supaya dilindungi, disimpan atau disembunyikan apa-apa barang-barang berduti yang telah dipindahkan dengan menyalahi undang-undang;

(d)

dengan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam mengangkut, memindah, meletak atau menguruskan apa-apa barang-barang berduti dengan niat hendak memfraud Kerajaan daripada mendapat apa-apa duti atasnya, atau hendak mengecewakan mana-mana daripada peruntukan Akta ini;

(e)

dengan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam melarikan atau cuba melarikan apa-apa duti eksais secara fraud;

(f)

dengan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam menyuling, menapai ataupun mengilang apa-apa barang-barang berduti, atau mengilang apa-apa tembakau, bersalahan dengan peruntukan seksyen 20;

(g)

kecuali dengan kuasa yang sah, membuka, memecah, mengubah atau dengan apa-apa cara mengganggu apa-apa mangga, meteri, tanda atau ikatan lain yang dipasang oleh seseorang pegawai yang hak;

(h)

tanpa sebab yang berpatutan mengganggu dengan apa-apa cara sesuatu vesel, kapal udara, kereta, alat atau benda lain yang digunakan untuk apa-apa maksud berkenaan dengan eksais;

(i)

yang terlibat dalam mengimport apa-apa barang menyalahi eksais sama ada barang menyalahi eksais itu dikapalkan, diturunkan dari kapal, dihantar serah atau tidak;

126 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(j)

mengkapalkan, menurunkan dari kapal, menghantar serah atau membantu atau terlibat dalam mengkapalkan, menurunkan dari kapal atau menghantarserahkan apa-apa barang menyalahi eksais; atau

(k)

selaku seorang penumpang atau orang lain didapati mempunyai dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam miliknya, selepas menafikan bahawa dia mempunyai apa-apa barang berduti dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam miliknya, apa-apa barang berduti, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan—

(i)

dalam hal barang-barang yang dikilangkan secara tempatan selain rokok yang mengandungi tembakau dan likuor yang memabukkan—

(A)

bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;

dan

(B)

bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya:

Eksais 127

Dengan syarat bahawa apabila tiada duti eksais terlibat atau amaun duti eksais tidak dapat ditentukan, penalti itu boleh merupakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;

(ii)

dalam hal barang-barang yang diimport selain rokok yang mengandungi tembakau dan likuor yang memabukkan—

(A)

bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya;

dan

(B)

bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun, atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa jika amaun duti eksais itu tidak dapat ditentukan, penalti itu boleh merupakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;

(iii)

dalam hal rokok yang mengandungi tembakau atau likuor yang memabukkan yang dikilangkan secara tempatan—

128 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(A)

bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan

(B)

bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau dua ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; dan

(iv)

dalam hal rokok yang mengandungi tembakau atau likuor yang memabukkan yang diimport—

(A)

bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan

(B)

bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau dua ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh

Eksais 129

kali amaun duti eksais atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(2)

Dalam sesuatu pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai barang-barang berduti dengan diketahui oleh pihak yang didakwa melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh pihak yang didakwa itu.

Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan data yang disimpan dalam komputer