Malaysia legislation
Section 74B
Seksyen 74B
Ketua Pengarah—
Mana-mana orang yang memperoleh, atau melakukan apa-apa yang membolehkan mana-mana orang lain memperoleh, apa-apa amaun melalui pulangan cukai apa-apa duti eksais berkenaan dengan apa-apa barang-barang yang tidak dibayar atau dibenarkan secara sah mengenainya, atau yang lebih tinggi daripada amaun yang dibayar atau dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga kali ganda amaun duti itu atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.