Malaysia legislation

Section 74C

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 74C

Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan tuntutan pemulangan balik

Mana-mana orang yang memperoleh, atau melakukan apa-apa yang membolehkan mana-mana orang lain memperoleh, pemulangan balik apa-apa wang di bawah perenggan 11(2)(b) atau seksyen 13, bagi apa-apa amaun melebihi amaun yang sepatutnya dipulang balik, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga kali ganda amaun melebihi amaun yang sepatutnya dipulangkan balik itu atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Eksais 131

Penalti bagi memiliki alat suling, dsb.