Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 75

Tiap-tiap orang, lain daripada seseorang yang dilesen atau dikecualikan daripada dilesen di bawah subseksyen 20(1), yang dengan diketahuinya menyimpan atau ada dalam miliknya sesuatu alat suling, perkakas atau alat lain untuk menyuling, menapai ataupun mengilang barang-barang berduti atau apa-apa jentera untuk mengilang tembakau, boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, atau penjara dan denda itu kedua-duanya.