Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
Penalti bagi menyerang atau menghalang pegawai eksais dan merebut kembali barang
(a)
menyerang, menghalang, menggalang, mengugut atau mencabul seseorang pegawai eksais, atau pekhidmat awam lain, atau seseorang yang bertindak bagi membantunya, atau yang diguna khidmat dengan sewajarnya untuk mencegah kesalahan di bawah Akta ini, bagi melaksanakan kewajipannya atau bagi menyita dengan sewajarnya apa-apa barang yang boleh dikenakan penyitaan di bawah
Akta ini;
(b)
merebut kembali atau berusaha merebut kembali atau menyebabkan supaya direbutkan kembali, apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya atau mana-mana orang yang telah ditahan; atau 132 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
(c)
sebelum atau selepas sesuatu penyitaan, menebuk, memecah atau pun memusnahkan mana-mana vesel, bekas, pemuat atau bungkusan, atau kandungannya, untuk mencegah ia daripada disita atau diperoleh, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh—
(i)
apabila disabitkan kali pertama, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya; dan
(ii)
apabila disabitkan kali kedua atau kali kemudiannya, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.
Penalti bagi menerima atau menawarkan rasuah dan bagi menyalahgunakan kuasa