Malaysia legislation
Section 78
Seksyen 78
(a)
melakukan sesuatu penyitaan dengan berpakat sulit atau menyerahkan balik apa-apa barang, atau membuat sesuatu perjanjian untuk menyerahkan balik atau supaya jangan menyita pengangkut atau apa-apa barang yang boleh dikenakan penyitaan;
(b)
menerima, bersetuju menerima, atau cuba memperoleh apa-apa rasuah, ganjaran, balasan atau hadiah kerana mencuaikan atau tidak melaksanakan kewajipannya;
(c)
berkomplot dengan atau membiarkan mana-mana orang melakukan sesuatu perbuatan atau perkara dengan mana hasil eksais adalah atau mungkin difraudkan, atau yang mana adalah berlawanan dengan Akta ini atau dengan pelaksanaan yang sewajarnya akan kewajipannya; atau
Eksais 133
(d)
(i)
dengan diketahuinya menuntut daripada mana-mana orang suatu amaun lebih daripada duti yang dibenarkan;
(ii)
menahan untuk kegunaannya sendiri atau untuk apa-apa kegunaan lain sesuatu bahagian daripada amaun duti yang telah dipungut;
(iii)
mengemukakan suatu penyata palsu, sama ada secara lisan atau bertulis, mengenai amaun duti yang telah dipungut atau diterima olehnya;
(iv)
memfraud mana-mana orang, menggelapkan apa-apa wang, atau pun menggunakan kedudukannya untuk menguruskan eksais secara salah; atau
(v)
dengan tidak diberi kuasa di bawah Akta ini memungut atau cuba memungut duti, tiap-tiap pegawai yang melakukan kesalahan sedemikian adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara dan denda itu kedua-duanya.
(2)
Mana-mana pegawai eksais yang didapati semasa bertugas ada dalam miliknya apa-apa wang bersalahan dengan apa-apa peraturan-peraturan jabatan yang dikeluarkan secara bertulis hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah menerima wang itu bersalahan dengan subseksyen (1).
(3)
Jika seseorang pegawai eksais mempunyai syak yang munasabah bahawa seseorang pegawai eksais lain yang lebih rendah pangkatnya daripadanya mempunyai dalam miliknya apa-apa wang yang diterima dengan melanggar perenggan (1)(b) dia boleh memeriksa pegawai lain itu.
134 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
Kesalahan yang penalti tidak ada diperuntukkan baginya