Malaysia legislation

Section 79

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 79

Tiap-tiap ketinggalan atau kecuaian daripada mematuhi dan tiap-tiap perbuatan yang dilakukan atau cuba dilakukan berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau apa-apa pelanggaran syarat dan sekatan yang tertakluk padanya, atau yang atasnya, sesuatu lesen atau permit adalah dikeluarkan atau apa-apa pengecualian diberikan di bawah Akta ini, adalah suatu kesalahan terhadap Akta ini dan berkenaan dengan sesuatu kesalahan itu yang tidak ada apa-apa penalti diperuntukkan baginya dengan nyata, pesalah itu boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama suatu tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

Section 79 — AKTA EKSAIS 1976 | mylaw.my