Malaysia legislation

Section 81

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 81

Dihukum penjara kerana tidak membayar denda

Walau apa pun peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], tempoh penjara yang dikenakan oleh sesuatu mahkamah kerana tidak membayar sesuatu denda di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau kerana tidak ada sesuatu tahan-harta yang mencukupi bagi menjelaskan sesuatu denda itu, ialah sesuatu tempoh yang pada pendapat mahkamah adil bagi kes itu, tetapi bagaimanapun tidak boleh lebih daripada maksimum yang ditetapkan mengikut skala yang berikut:

Eksais 135

Jika denda itu—

tempoh itu boleh dilanjutkan sehingga tidak melebihi lima ribu ringgit

... dua bulan melebihi lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit

... empat bulan melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit

...

enam bulan dengan tambahan dua bulan bagi tiap-tiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit yang pertama bagi denda itu sehingga sampai suatu tempoh maksimum selama enam tahun:

(a)

jika sebelum tamat tempoh penjara itu sesuatu kadar denda itu dibayar atau dilevi tidak kurang daripada kadar bahagian tempoh yang belum tamat itu, maka penjara itu hendaklah tamat;

(b)

jika seseorang dihukum denda dan penjara kedua-duanya, dan denda yang tidak dibayar itu ditukar kepada penjara, maka penjara itu hendaklah menjadi tambahan kepada penjara yang diperintahkan oleh hukuman yang asal itu.

Tanggungan bersesama dan berasingan pengarah, dsb.