Malaysia legislation
Section 85
Seksyen 85
(2)
Khususnya, dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh—
(a)
mengatur kuasa dan kewajipan yang hendaklah dijalan dan dilaksanakan oleh pegawai eksais;
(b)
mengatur penjalanan semua perkara berhubung dengan pemungutan duti eksais;
(ba) mengawal selia pengendalian semua perkara yang berhubungan dengan ketetapan kastam;
(bb) menetapkan dan mengenakan fi yang berhubungan dengan ketetapan kastam dan memperuntukkan cara pungutan dan bayaran fi itu;
(bc) (Dipotong oleh Akta A1670);
(bd) menentukan nilai bagi maksud pungutan duti eksais;
(c)
mengatur perjalanan urusan
Lembaga
Pelesenan, pengeluaran dan pindah milik lesen di bawah kuasa Lembaga itu dan bayaran bagi lesen atau bagi pindah milik lesen itu;
Eksais 139
(d)
mengatur pengurusan premis berlesen oleh Lembaga
Pelesenan;
(e)
menetapkan borang yang hendak digunakan di bawah dan bagi maksud yang berhubung dengan seksyen 35;
(f)
menetapkan hari dan waktu dalam masa mana sesuatu pejabat eksais, gudang eksais awam atau gudang berlesen boleh dibuka untuk urusan;
(g)
mengatur peletakan, jagaan dan penarikan balik barang dalam dan daripada gudang eksais awam dan gudang berlesen, dan pengurusan dan pengawalan barang itu;
(h)
(Dipotong oleh Akta A1594);
(i)
mengatur pembinaan, pemeriksaan, penyeliaan, pengurusan dan pengawalan premis berlesen di bawah seksyen 20 dan pasangan, alat, jentera dan perkakas yang disenggara dalamnya, termasuk meteri dan timbang, lampu, tangga, dan alat kelengkapan lain yang perlu bagi membolehkan seseorang pegawai yang hak mengira atau menyemak dengan menimbang, mengukur atau menyukat, semua barang-barang atau bahan berduti dalam premis itu;
(j)
mengatur waktu dalam masa mana pengilangan boleh atau tidak boleh dilakukan dan dalam masa mana barang-barang boleh dipindahkan daripada premis berlesen di bawah Akta ini;
(k)
menetapkan tempat kediaman yang hendak diadakan dengan percuma oleh pengilang berlesen di bawah seksyen 20 bagi mana-mana pegawai eksais sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah bagi pengawalan premis berlesen itu;
(l)
mengatur pencampuran, pensebatian, pengubahan dan pembotolan likuor yang memabukkan, dan menetapkan bayaran yang hendak dibayar bagi pembotolan likuor yang memabukkan yang berduti dan boleh mengadakan
140 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
peruntukan bagi mengawal peredaran likuor yang memabukkan ke dan dari sesuatu tempat suling atau sesuatu tempat pengilangan yang ditentukan dalam sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 20;
(m)
menetapkan buku yang hendak disimpan oleh pengilang berlesen dan pemegang lesen;
(n)
mengatur pengeluaran dan pindah milik lesen;
(o)
menetapkan kadar dan cara memungut bayaran kerja lebih masa yang hendak dibayar apabila pegawai yang hak dikehendaki bekerja di luar waktu yang berpatutan yang ditetapkan dan syarat-syarat di bawah mana kerja lebih masa itu boleh dibenarkan;
(p)
menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, kriteria bagi pengkompaunan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan cara bagaimana kesalahan itu boleh dikompaun dan menetapkan pegawai yang boleh mengkompaunkannya;
(q)
menetapkan penalti bagi sesuatu pelanggaran atau kemungkiran mematuhi mana-mana daripada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini atau sekatan atau syarat sesuatu lesen atau kebenaran yang diberi di bawah peraturan-peraturan itu:
Dengan syarat bahawa tiada sesuatu penalti itu boleh lebih daripada penalti yang ditetapkan di bawah seksyen 79;
(r)
mengatur pengeluaran, penyimpanan, penggunaan dan penggudangan keluaran petroleum di premis termasuk kilang penapis dan pemindahan barang itu ke atau dari premis itu;
(ra) mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan barang-barang yang tertakluk pada duti eksais semasa pengimportan; dan
Eksais 141
(s)
menetapkan apa-apa jua yang hendaklah atau boleh ditetapkan di bawah Akta ini.
Kuasa untuk mewakilkan