Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 8

Taksiran duti

(a)

menetapkan kelas barang-barang yang di dalamnya barang-barang berduti atau barang-barang menyalahi eksais itu tergolong; dan

(b)

menilai, menimbang, menyukat atau selainnya memeriksa atau menyebabkan supaya dinilai, ditimbang, disukat atau selainnya diperiksa barang-barang berduti atau barang-barang menyalahi eksais itu, bagi maksud menentukan amaun duti eksais yang boleh dilevi ke atasnya.

Eksais 31

(2)

Segala kerja yang perlu berhubung dengan menimbang, menyukat dan memeriksa barang-barang berduti hendaklah dijalankan oleh atau atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu atau ejennya:

Dengan syarat bahawa pegawai yang hak itu boleh, menurut budi bicaranya, mengarahkan supaya mana-mana kerja itu dijalankan oleh orang di bawah kawalannya, dan walau bagaimanapun kerja-kerja itu hendaklah dijalankan atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu atau ejennya.

(3)

Apabila penilaian apa-apa barang telah dibuat oleh pegawai yang hak maka penilaian itu hendaklah dianggap sebagai betul sehingga dibuktikan sebaliknya.

Pembayaran duti eksais dengan bantahan