Malaysia legislation
Section 90A
Seksyen 90A
Labuan atau diangkut ke atau dari Labuan atau ke kawasan utama kastam
(a)
tiada duti eksais kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diimport masuk ke Labuan, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
(b)
duti eksais hendaklah kena dibayar ke atas semua barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Labuan bagi segala maksud seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia;
Eksais 143
(c)
Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan
“nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari
Labuan ke kawasan utama kastam.
(2)
Subseksyen 6(2), (3), (4), dan (5) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a).
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Labuan apa-apa duti eksais lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1).
Pengangkutan barang-barang ke atau dari Labuan dari atau ke kawasan utama kastam